Salam Sejahtera Malaysia.[ In Bahasa Malaysia ]
( Sketsa dimalam pelancaran
"Mini Album Aku & Duniaku" [23 ogos 08] )
Ribuan terima kasih yang tak terhingga buat semua yang sudi hadir dan yang tidak upaya menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan...diatas sokongan anda semua. Alhamdulillaaah...tercapai sudah impian yang sekian lama terpendam disanubari untuk mengada/merealisasikan sebuah "Mini Album Aku & Duniaku". Aturcara malam itu terpaksa dilewatkan sedikit kerana hujan gerimis masih bertaburan diketika persembahan sepatutnya sudah pun bermula. Alhamdulillaaah...begitu-lah dugaan dan sememangnya ada Rahmat disebalik taburan hujan malam itu. Gumbira dan tersangat gumbira, seorang demi seorang, dua tiga sahabat-ku mari memenuhi meja-meja yang telah disediakan dan menjamah hidangan yang tak seberapa adanya.21:15 MC the hammer(isteri tersayang) mencapai microphone dan memecah kesunyian malam itu, bukanlah seperti MC hammer membuat persembahan rap tetapi sekadar membuat ucapan pendek dimana acara akan bermula hehehe.Seperti biasa aku lebih suka bermula dengan easy listening song, sekadar untuk memanaskan anak tekak. Azmi on acoustic guitar memulakan intro "Knocking On The Heavens Door(unplugged)" pilihan yang sesuai buat lagu pertama malam itu. Al-Haruna on bass menyambut introduction Azmi dengan scale/notation soul & blues kegemaran beliau. Thaaank you..wow...tak ku sangka gerimis yang masih berguguran disambut dengan nyayian kawan-kawan yang hadir. Mekasih... semangat kian berkobar namun agak gementar untuk memulakan lagu ciptaan sendiri "Simfoni Untuk-Mu". Adakah lagu ini diterima dengan baik atau sebaliknya oleh pendengar/judges yang hadir malam itu? Berrmula dengan music sequence yang telah aku programkan terlebih dahulu untuk tidak membebankan my musicians/Reborn kerana lagu ini ber-elemenkan klasikal (tidak bermaksud Reborn tidak boleh membawa lagu ini, hanya sekadar memudahkan persembahan mereka) aku mulakan dengan Bismillaaah...[ Lagu ini kutuliskan hanyalah untuk-mu(lirik) ] terharu dan gumbira, semua yang hadir menerima lagu ini dengan begitu baik, tiada kata yang lebih dari "Alhamdulillaaah Syukur".Diselang -selikan dengan lagu Classic Rock, ciptaan-ku seterusnya memainkan peranan yang agak penting," Don't Let It End" sememangnya lagu ini dicipta khas dalam bahasa inggeris/english untuk sahabat dan peminat yang pelbagai bangsa bukan sahaja di Malaysia malahan kawan/musician diluar negara, agar lebih mudah bagi mereka menyelami filosofi yang tersirat disetiap ciptaan "Aku & Duniaku".Take a break guys...itulah yang aku laungkan untuk menamatkan set pertama. MC the hammer meneruskan acara dengan memanggil wakil/webmaster dari 7portal.my Abg. Moby untuk menyerahkan replica amemusica.com menandakan bermulanya pelayaran ame official website dilautan internet yang juga agak sekian lama ditungu-tunggu. Tiada kata tiada bicara aku terkedu dihadapan microphone hanya jutaan terima kasih yang mampu diucapkan kepadaBig Boss Encik Khir, Amran dan sekalian staff di 7figure.Terima kasih juga dilempiaskan kepada Brian Martin (long live rock n roll bro.) dari Star Paper & Crews pada malam itu yang sudi menjadi sebahagian dari pelancaran "Aku & Duniaku" hopefully you can keep some of the photos colectionfor me. Dan yang teristimewa ribuan terima kasih buat musicians (My Special Band Reborn) al-Haruna(Bass)Halim(Drums) Archer(Keyboard & Sound Engineer) Eddie(Guitar) tidak dapat hadir & digantikan oleh Azmi, yang sentiasa bersama walau dalam keadaan susah dan senang dan tidak pernah mengenali erti penat didalam memberikan apa saja bentuk commitment. Energetic, Charisma, Groovy dan Enjoy on stage merupakan MOTO bagi Reborn.
(Ame)
